Singa tidak mampu kalah

MEMANG tidak perlu bagi seorang saintis roket untuk menekankan peri pentingnya bagi Singa memenangi dua baki perlawanannya - bermula dengan perlawanan menentang Myanmar malam esok - untuk kekal bersaing dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki.

Malah, ini diakui sendiri oleh ketua jurulatih nasional, Bernd Stange, yang menegaskan pasukannya tiada pilihan kecuali memenangi baki dua perlawanan Kumpulan B - bermula dengan pertemuan dengan Myanmar di Stadium Negara malam esok - jika tidak mahu terkeluar daripada persaingan.

Selepas menganggap pasukannya "tidak bernasib baik" semasa kekalahan dalam perlawanan pembukaan kepada Thailand Ahad lalu, jurulatih asal Jerman itu melahirkan keyakinan penuh melihat anak didiknya menyempurnakan matlamatnya - menewaskan Myanmar dan menghidupkan semula peluang Singa, juara bertahan kejohanan ini, untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.