Singapura bolot semua pingat dalam tenis meja wanita perseorangan

PASUKAN tenis meja negara meneruskan prestasi cemerlang di Sukan Komanwel dengan membolot kesemua tiga pingat dalam acara perseorangan wanita.

Namun, kekalahan Feng Tianwei dan Zhan Jian - satu-satunya wakil Singapura di sepauh akhir acara mixed doubles bermakna impian Singapura untuk memenangi kesemua tujuh acara tenis meja terkubur

Feng, pemain nombor empat dunia bangkit mengatasi kekecewaan itu untuk mempertahankan emas perseorangan wanita yang dimenanginya di New Delhi empat tahun lalu selepas beliau menewaskan rakan sepasukan Yu Mengyu 11-7, 11-8, 11-9, 10-12, 11-2 dalam final yang berlangsung awal pagi tadi.

Pingat gangsa dimenangi Lin Ye, yang menewaskan peserta Australia berusia 42 tahun Lay Jian Fang 11-5, 11-4, 11-7, 11-7.

NORMAN SAWI

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.