MALAYSIA mengundang Singapura menyertai pertandingan Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada minggu kedua bulan depan untuk membolehkannya membuat persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan SEA Jun ini.
Undangan tersebut disampaikan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dato Haji Ahmad Ismail, yang membawa serombongan pegawai tertinggi PSM ketika berkunjung ke republik ini untuk menemui pegawai-pegawai Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), petang kelmarin.