PASUKAN bola jaring Team Singapore memperoleh peluang terbaik menebus kekecewaan lama apabila - seperti yang dijangka - berdepan musuh tradisi Malaysia dalam final petang ini.
Singapura diikat Malaysia dalam pusingan awal dan tewas di tangan musuh ketatnya itu dalam final Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur - kali terakhir bola jaring ditawarkan di Sukan SEA.