Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Singapura hos kejohanan berprestij Ragbi Tujuh Sepasuk Dunia mulai April 2015

Apr 07, 2015 | 03:00 PM



SUKAN ragbi menyertai senarai elit yang termasuk Formula Satu dan kejohanan tenis Persatuan Tenis Wanita (WTA) sebagai tarikan sukan utama negara ini apabila pertandingan berprestij Siri Tujuh Sepasuk Dunia dianjurkan di sini selama empat musim bermula April depan.


Mengesahkan pemilihan Singapura - yang menyertai Vancouver, Sydney, Cape Town dan Paris sebagai tuan rumah baru bagi kejohanan sebanyak 10 pusingan itu, presiden Persatuan Ragbi Singapura (SRU), Low Teo Ping, melahirkan keyakinan kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia dilangsung di Stadium Negara yang serba baru dan gah di Hab Sukan.


"Tepat setahun daripada sekarang, kami akan membawa satu lagi kejohanan bertaraf dunia ke Singapura. Dengan ragbi tujuh sepasuk turut akan dipertandingan di Sukan Olimpik Rio (tahun depan), tentunya minat kepada sukan ini akan menjulang," ujar orang kuat ragbi itu di sidang media yang berlangsung di Hab Sukan semalam.


Selain menampilkan pasukan handalan dunia seperti New Zealand, Australia dan England yang akan beraksi selama dua hari di kejohanan itu nanti, Low menarik perhatian bahawa usaha juga akan dijalankan ke arah meningkatkan lagi profil sukan ini, bukan sahaja di Singapura malah di kalangan negara-negara Asia Tenggara.


Kejohanan Tujuh Sepasuk Asia Tenggara turut dirancangkan di sini sempena penganjuran Siri Tujuh Sepasuk Dunia ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >