SINGAXII adakan latihan pusat di Indonesia

Norman Sawi

PASUKAN bola sepak SINGAXII akan mengadakan latihan pusat di Yogyakarta, Indonesia, tetapi kecederaan pemain bakal menjadi cabaran bagi pasukan Singapura itu.

Mereka telah pun berangkat pagi tadi.

Bercakap kepada Berita Harian, jurulatih Fandi Ahmad akur persiapan skuadnya kini terjejas kerana kecederaan yang membelenggu beberapa pemain, terutama di barisan pertahanan.

Pemain pertahanan Shakir Hamzah dan Shahfiq Ghani antara pemain yang kini dalam senarai kecederaan.

Oleh itu, hanya 18 daripada skuad 24 pemain berangkat ke Yogyakarta untuk beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan.

Namun, pemain-pemain lain yang cedera - Safuwan Baharudin dan Khairul Nizam (lutut), serta Shahfiq Ghani (pinggang) dan Samuel Nadarajah (pinggul), akan menyertai pasukan pada 6 Januari.

Dua lagi pemain, Madhu Mohanan dan Faris Ramli tidak ikut serta kerana komitmen Perkhidmatan Negara (NS).

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.