BERBASIKAL

Sistem pengiraan mata bagi lumba basikal setempat mulai Mac

PERSAINGAN antara pelumba basikal jalan raya setempat dijangka menjadi lebih rancak selepas Persekutuan Berbasikal Singapura (SCF) mengumumkan sistem pengiraan mata dan ranking berstruktur sulung bermula bulan depan.

Sistem yang merangkumi empat perlumbaan jalan raya tahun ini akan digunakan buat pertama kali di Lumba Berbasikal Jalan Raya OCBC pada 13 Mac, selain di Kejohanan Berbasikal Jalan Raya Nasional OCBC pada 22 dan 29 Mei, serta Kejohanan Berbasikal Kelab Speedway 2016 OCBC akhir tahun ini.

Mata bagi ranking akan diberikan kepada 10 pelumba pertama di setiap perlumbaan, dengan pemenang mendapat 13 mata dan peserta ke-10 menerima satu mata.

Mata keseluruhan akan dijumlahkan di akhir tahun dan pemenang akan pelumba basikal terbaik dalam akan diberi hadiah mengikut kategori perseorangan atau berkumpulan.

Membentangkan rancangan strategik lima tahun SCF, presidennya Jeffrey Goh berkata ia berhasrat mewujudkan kalendar berbasikal menghairahkan sepanjang tahun.

Pihaknya juga bercadang memperkenalkan sistem pengiraan mata serupa bagik perlumbaan basikal gunung, BMX dan BikeTrial di masa depan.

"Selain menganjurkan lebih banyak acara, adalah penting bagi kami membangun ekosistem menyeluruh, termasuk sistem pengiraan mata yang membenarkan pelumba basikal kami kekal kompetitif," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.