SYDNEY: Impian Jepun mempertahan kejuaraan Piala Asia apabila pertandingan bermula di Australia Jumaat ini masih dibayangi skandal penetapan keputusan perlawanan yang mengiringi jurulatihnya, Javier Aguirre.
Warga Mexico berusia 56 tahun itu bakal dihadapkan ke mahkamah tahun ini ekoran siasatan tentang insiden penetapan perlawanan dalam 2011, semasa beliau memimpin kelab Sepanyol, Real Zaragoza.