Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad berganda takraw S'pura menang perak

May 06, 2015 | 08:42 PM



SKUAD berganda (doubles) nasional mengakhiri perjuangan dalam Kejohanan Sepak Takraw Sedunia Piala Raja Thai Ke-30 dengan memungut pingat perak di Bangkok petang tadi.


Singapura, yang diwakili oleh tekong Muhammad Azreen Sairudin dan penyerang Muhammad A'fif Safiee serta penyerang simpanan Muhammad Magrib Ibrahim, tewas 2-0 (21-19, 21-10) kepada skuad berganda Laos dalam final acara tersebut.


Namun, skuad nasional mempamer persembahan memberangsangkan di sepanjang kejohanan, terutama dalam acara berganda, apabila mengalahkan gergasi Malaysia, China, Jerman dan Taiwan untuk melangkah ke final.


Regu tiga serangkai nasional turut mempamer aksi cemerlang apabila berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan akan bertemu Brunei esok.


Mengulas persembahan anak didiknya, jurulatih nasional Padzli Othman berkata: "Saya amat gembira dan berpuas hati dengan regu double negara yang dapat melangkah ke final.


"Peningkatan dan kemajuan yang ditunjukkan pemain ini menandakan persiapan yang kami lakukan berada di tahap dan landasan yang betul."


Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Abdul Halim Kader, yang turut berada di Bangkok, pula menambah:


"Saya yakin Singapura akan memberikan persembahan terbaik dan penuh keyakinan dalam Sukan SEA di tanah air bulan depan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >