Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad bola sepak cerebral palsy S'pura gagal saingi kehandalan Thailand

Dec 06, 2015 | 04:13 PM



THAILAND terbukti terlalu handal apabila menewaskan Singapura 5-0 dalam pertarungan bola sepak cerebral palsy tujuh sepasuk di Sukan Para Asean (APG) Ke-8 ini yang berlangsung di Stadium Negara petang tadi (6 Disember).


Pemain Thai, Nattapong Wanna, menyajikan prestasi Pemain Terbaik perlawanan dengan menyumbatkan dua gol dan memainkan peranan bagi gol-gol lain jaringan rakannya - Sanya Suksang (m-24 dan m-46) dan Paisan Saechao (m-30).


Ini adalah kekalahan kedua Singapura yang juga tewas 3-5 kepada Myanmar. Singapura membuka tirai kempennya dengan kemenangan 1-0 ke atas Indonesia dan perlu memenangi perlawanan dengan Malaysia esok (7 Disember) jika mahu menghidupkan harapan memenangi pingat di APG ini.


Myanmar sebagai juara bertahan dan Thailand dijangka akan berentap di final bagi menentukan pemenang pingat emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >