KETANGKASAN skuad belia nasional Bawah 20 Tahun di bawah bimbingan Fandi Ahmad bakal diuji apabila mereka menentang pasukan Bawah 21 Tahun Mauritius dalam perlawanan antarabangsa pertama bagi pasukan tersebut pada Sabtu, 11 Mac nanti.
Perlawanan persahabatan yang akan berlangsung di Stadium New George V di Mauritius itu bertujuan memaparkan hubungan baik antara Singapura dengan Mauritius dan merupakan sebahagian daripada kegiatan yang bakal diadakan sempena Hari Kemerdekaan Mauritius yang ke-49.