PERLAWANAN kompetitif pertamanya memimpin skuad muda Bawah 23 Tahun nasional berakhir dengan kekecewaan bagi legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad.
Fandi, yang dilantik ketua jurulatih belia Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), menyaksikan pasukannya tewas 0-3 di tangan skuad Bawah 23 Tahun Indonesia dalam perlawanan di Stadium Negara malam kelmarin - yang menunjukkan bahawa skuad Singa Muda pimpinannya masih perlu bekerja keras jika ingin terpilih beraksi di Sukan Asia nanti.