Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad muda Home azam capai kejayaan

Feb 12, 2016 | 10:30 PM



MUSIM baru, tekad baru.


Begitulah semangat jitu pasukan Home United menjelang perlawanan pembukaan Liga-S mereka menentang Warriors FC lusa.


Berbekalkan skuad yang agak muda - rata-rata usia pemain berusia 24 tahun - matlamat memburu kemenangan pertama dan mahkota Liga-S terpahat dalam pasukan tersebut.


Jurulatih dan pengurus pasukan, Philippe Aw, berkata:


"Kami akan memasuki musim baru ini dengan matlamat yang tinggi. Kami mahu bermain corak permainan yang bagus dan ingin mengecapi kejayaan pada musim ini."


Beliau berkata demikian ketika pelancaran jersi pasukan tersebut di kelab HomeTeam NS di Balestier petang tadi.


Walaupun pasukan pimpinannya terkial-kial pada musim lalu, gandingan bakat muda seperti Irfan Fandi dan pemain veteran kelab seperti Juma'at Jantan - yang telah berkhidmat selama 10 tahun musim ini - diharap dapat mengembalikan kegemilangan Home United.


Musim lalu mereka menduduki tempat keenam daripada 10 pasukan yang bertanding dengan 36 mata.


Jurulatih tersebut menambah: "Walaupun skuad kami rata-rata muda namun ia tidak bererti kami tidak boleh mencabar pasukan lain bagi kejuaraan musim ini."


Bagi Irfan pula, pemain berbakat yang tinggi lampai, memindahan beliau dari pasukan Young Lions musim lalu diharap dapat mematangkan lagi permainan beliau.


Beliau berkata: "Intensiti permainan kini sangat tinggi.


"Lagipun, banyak perbezaan yang saya rasakan apabila berpindah sini (ke Home United)."


Home United akan bertentang Warriors FC dalam perlawanan pembukaan mereka Ahad ini di stadium Bishan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >