Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Skuad muda Singa diizin ke Sukan Asia Incheon

Aug 13, 2014 | 07:38 PM



SELEPAS merayu dan meningkatkan permainan dengan menyertai lawatan sambil berlatih di Austria pada Ramadan lalu, hasrat Skuad Bawah 23 Tahun Singa mengambil bahagian dalam Sukan Asia Incheon 2014 akhirnya tercapai.


Berita gembira itu didedahkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang mengatakan bahawa skuad Singa mendapat lampu hijau mewakili Singapura dalam temasya di Korea Selatan yang bakal berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober itu.


Pemilihan itu dibuat menyusuli kejayaan rayuan FAS kepada Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).


SNOC membuat keputusan saat akhir itu selepas menimbangkan kejayaan skuad Bawah 23 Tahun Singa mengalahkan Bahrain, juara Bawah 23 Tahun Piala Teluk 2013, 3-2 dalam satu perlawanan persahabatan pada 5 Ogos lalu.


"Kami amat berterima kasih kepada SNOC kerana meluluskan pemilihan kami untuk menyertai Sukan Asia," kata ketua jurulatih nasional, Bernd Stange.


"Bermain menentang pasukan lawan di peringkat tinggi di pentas antarabangsa seperti dalam Sukan Asia pastinya dapat membantu pemain muda negara meningkatkan permainan."


Dalam satu kenyataan berasingan, SNOC telah menetapkan senarai muktamad seramai 227 atlit daripada 20 cabang sukan yang akan mewakili negara dalam temasya di Korea Selatan itu.


Sebanyak 20 tempat terakhir disediakan bagi skuad bola sepak negara.


Esok adalah tarikh tutup bagi penamaan atlit dan sukan bagi menyertai Sukan Asia Incheon 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >