KAPTEN pasukan bola sepak nasional, Shahril Ishak, telah membuat gesaan saat akhir kepada penyokong Singa supaya hadir menjadi pemain ke-12 di Stadium Negara baru apabila Singapura berdepan Thailand dalam perlawanan pembukaan kempennya mempertahankan kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki pada 8 malam ini.
"Kami menggesa peminat kami, yang merupakan pemain ke-12, supaya datang beramai-ramai memenuhi Stadium Negara dan mengembalikan semula Sorakan kallang dalam perlawanan-perlawanan kami," kata Shahril, 29 tahun, yang bakal menjadi pemain paling berpengalaman dalam skuad Singa bagi pertandiangan ini dengan sebanyak 117 penampilan untuk negara.