SNOC mahu kerja sama dengan Mindef beri atlit lebih banyak fleksibiliti semasa NS

KERJA kerasnya memang tidak dapat dipertikaikan.

Namun, tanpa 'lampu hijau' yang diberikan Kementerian Pendidikan (Mindef) yang membolehkannya menundakan Perkhidmatan Negara (NS) sejak 2003 - dan menumpukan segala perhatiannya di kolam renang - mungkin juga jaguh renang Joseph Schooling menghadapi cabaran lebih besar dalam usahanya memenangi sembilan pingat emas di temasya Sukan SEA Singapura yang berakhir baru-baru ini.

Dengan 'mengetepikan' soal NS-nya buat seketika, Schooling menyerlah bukan sahaja di Sukan SEA, malah di dua temasya sukan besar yang disertai tahun lalu - Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan.

Rakan perenang, Quah Zheng Wen - atlit paling banyak pingat dengan 12 pingat Sukan SEA - pula dilaporkan sedang berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan untuk menundakan NS dalam usaha mengejarkan impiannya di Sukan Olimpik Rio tahun depan.

Kehebatan yang dipamerkan Schooling, Quah serta Team Singapore lain yang mencipta kejayaan bersejarah di Sukan SEA lalu tentunya menjadi dorongan bagi Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura untuk bekerja sama dengan Kementerian Pertahanan (Mindef) bagi memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada atlit terbaik semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Sekalipun akur isu itu agar "merumitkan", Presiden SNOC yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, dalam blog yang diterbitkan SNOC melahirkan harapannya untuk "menguji sempadan" bagi melihat apa yang dapat dilaksananya berhubung perkara ini.

"Persoalannya sekarang ialah bolehkah kita meluaskan lagi ruang (untuk lebih banyak penundaan NS).

"Bolehkah kita menambah jumlah atlit dalam kumpulan ini? Jadi, kita perlu sesuaikan jumlah yang boleh diterima bagi mereka yang benar-benar berbakat," ujar Encik Tan yang turut menyentuh pelbagai topik lagi termasuk menggesa warga setempat menjadi "penyokong yang lebih berhemat" serta keprihatinan mengenai 'kemampuan' negara ini menjadi hos kepada temasya sukan yang lebih lebas seperti Sukan Komanwel atau Sukan Asia.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.