LONDON: Pengurus sementara England, Gareth Southgate, berkata beliau memiliki cukup keberanian untuk membuat keputusan yang boleh mencetuskan kontroversi di tengah-tengah gesaan agar beliau menggugurkan kapten Wayne Rooney yang kurang menyerlah.
Rooney telah diejek oleh sebahagian penyokong England semasa mereka menewaskan Malta 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Sabtu lalu.