Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sumbangan $500,000 kepada AFF

SportSG buat laporan polis ke atas 'pegawai kanan' Tiong Bahru FC

Apr 20, 2017 | 05:09 PM



LAPORAN polis telah dibuat oleh Sport Singapore (SportSG) ke atas seorang pegawai kanan Kelab Bola Sepak Tiong Bahru (TBFC).



Nama pegawai itu tidak diberikan oleh SportSG - badan berkanun yang mengendalikan persatuan sukan nasional (NSA) - dalam kenyataannya pada 20 April.



Namun adalah difahami, pegawai itu adalah pengerusi TBFC Bill Ng, yang dijadual bertanding dalam pemilihan presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 29 April.



Menurut SportSG, pada 3 April lalu, ia menerima surat daripada seorang individu yang mendakwa seorang pegawai kanan kelab bola sepak telah menghasut sebuah kelab lain supaya menangguh dan/atau mengadang pelengkapan audit, dengan menggunakan sebab palsu, sehingga pemilihan FAS selesai.



Audit itu telah dituntut oleh FAS di pertengahan 2016, bagi memenuhi permintaan SportSG.



Dalam kenyataannya, SportSG berkata:



"Menyusuli laporan media bahawa TBFC telah mendermakan $500,000 kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) menerusi FAS, SportSG telah menyiasat dan menerima maklumat lanjut pada 18 April 2017.



"Pada hari yang sama, SportSG juga melakukan siasatan lanjut, yang menimbulkan soalan serius berkenaan penggunaan dana kelab. Selepas mendapatkan nasihat guaman, SportSG memutuskan untuk membuat laporan polis sekitar 7.50 malam pada 19 April, berkenaan salah guna dana TBFC yang disyaki dan percubaan oleh pegawai kanan kelab untuk menangguh dan/atau mengadang pelengkapan audit bagi kelab Liga S yang tidak lagi menyertai liga."



"SportSG juga akan meminta untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Pemilihan Sementara FAS untuk mendapat penjernihan berkenaan pemilihan mendatang".



Ng mengetuai pasukan The Game Changers dan bercadang bertanding menentang pasukan LTK yang diketuai oleh mantan naib presiden FAS Lim Kia Tong di pemilihan FAS.



TBFC beraksi di Liga Bola Sepak Nasional (NFL) - satu tangga di bawah Liga S.



Isu pentadbiran wang TBFC timbul minggu lalu, selepas Ng berkata FAS tidak bersikap telus berkenaan penggunaan sumbangan wang sejumlah $500,000 daripada TBFC kepada FAS dalam 2014. Menurut Ng, beliau tidak sedar wang itu disalurkan kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF), dan menyangka ia akan digunakan bagi manfaat kelab bola sepak setempat.



Namun, FAS dan Setiausaha Agungnya Winston Lee berkata Ng tahu akan tujuan sumbangan itu, memulakan pertelingkahan awam yang berlarutan sehingga kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >