SportSG tutup semua kemudahan sukan luar dewan, tidak berhawa dingin jika PSI lebihi 200

BADAN pentadbir sukan di negara ini, Sport Singapore (SportSG) atau dulunya dikenali dengan nama Majlis Sukan Singapura (SSC), menyatakan bahawa ia akan menutup semua kemudahan sukan di luar dewan serta yang tidak berhawa dingin sekiranya Indeks Piawai Pencemaran (PSI) bagi 24 jam melebihi paras 200.

Dalam satu kenyataannya sebentar tadi (25 September), SportSG menyatakan kemudahan bersukan berhawa dingin di dewan-dewan sukannya serta gimnasium tidak akan terjejas dan akan terus dibuka untuk kegunaan awam sepanjang tempoh ini sambil menambah bahawa pihaknya akan menilai semula bagi membuka semua kemudahan yang terjejas itu sekiranya keadaan bertambah baik.

"Kesan jerebu bergantung kepada tahap kesihatan seseorang... tahap PSI serta tempoh dan intensiti kegiatan luar rumah yang dijalankan itu.

"Mengurangkan kegiatan luar rumah dan aktiviti fizikal yang berlebihan boleh membantu mengurangkan kesan buruk yang dibawa jerebu," ujar kenyataan SportSG itu.

Pemgumuman terbaru itu tiba menyusuli keadaan jerebu yang semakin buruk di negara ini apabila PSI 24 jam mencecah paras 223- 275 malam tadi, yang turut mendorong keputusan pemerintah menutup semua sekolah rendah dan menengah hari ini, kali pertama langkah sedemikian diambil disebabkan masalah jerebu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 71
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.