Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S'pura atasi Jepun dalam perlawanan pembukaan Super Series Istaf di Myanmar

Oct 30, 2014 | 02:30 PM



DENDAM berbalas.


Itulah yang dilakukan skuad sepak takraw nasional Singapura apabila menewaskan pasukan Jepun 2-0 dalam perlawanan pembukaan pertandingan Super Series Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2014/2015 di Myanmar tengah hari tadi.


Berbekal strategi bijak jurulatih Padzli Othman menukar tekong pada detik akhir set pertama, tiga serangkai negara terdiri daripada Mohamed Azreen Sairudin (tekong), Eddy Nor Shafiq Sahari (pengumpan) dan Muhammad A'fif Sapiee (penyerang), mengalahkan gandingan Jepun 22-20, 21-17 untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaan musim baru pertandingan Super Series Istaf itu di Stadium Tertutup Wunna Theikdi.


Kekalahan tersebut mengikis duka tewas di tangan Jepun dalam acara berganda (doubles) Sukan Asia Incheon 2014 baru-baru ini yang menghalang kemaraan negara ke peringkat separuh akhir yang menjanjikan pingat.


Regu negara dijadual berdepan satu lagi lawan sukar iaitu Korea Selatan dalam perlawanan kedua pertandingan Super Series Istaf itu lewat malam tadi.


Korea Selatan turut menewaskan gandingan berganda negara dalam perlawanan peringkat kumpulan Sukan Asia sebelum muncul juara acara tersebut.


Singapura dijadual bertemu Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan A hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >