SKUAD bola jaring Singapura meneruskan langkah cemerlang dengan mencatatkan kemenangan kedua di Sukan SEA Ke-28 ini.
Pasukan pimpinan Ruth Aitken bagaimanapun menghadapi saingan lebih sengit sebelum melenturkan cabaran Thailand 65-24 di Dewan 1 Arena OCBC malam tadi - kejayaan keduanya menyusuli kemenangan lebih selesa 72-21 ke atas Brunei kelmarin.