APABILA Kenya mengejutkan dunia ragbi dengan muncul sebagai juara di kejohanan Ragbi Tujuh Sepasuk HSBC 2016 dengan mengalahkan Fiji di Stadium Negara pada April lalu, Singapura mendapat pujian kerana kejayaan menganjurkan acara bertaraf dunia itu dengan cemerlang.
Dalam reviu World Rugby, Singapura juga dipilih sebagai pemenang dalam kalangan 10 tempat siri kejohanan dunia itu diadakan.