Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura, Indonesia sedia jadi tuan rumah Piala Dunia bawah 17, 20 tahun

Dec 04, 2023 | 08:04 PM



Peminat bola sepak di rantau ini mungkin berpeluang menyaksikan kemunculan pemain muda sehebat Lionel Messi atau Ronaldinho beraksi di sini setelah Singapura dan Indonesia melahirkan hasrat menjadi penganjur bersama temasya Piala Dunia bawah umur 20 tahun (U-20) pada 2025 dan bawah umur 17 tahun (U-17) antara 2025 dan 2029.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan dalam satu kenyataan pada 4 Disember ia telah menandatangani surat hasrat untuk berbincang dan mempertimbangkan keputusan menjadi tuan rumah bersama untuk menganjurkan Piala Dunia bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).

Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, berkata kepada wartawan di Jakarta, kedua-dua negara berhasrat menjadi tuan rumah bersama dan menambah:

“Saya percaya Singapura dan Indonesia boleh menjadi tuan rumah yang baik”.

Secara automatik, negara tuan rumah akan layak untuk bersaing, bermakna sekiranya tawaran Singapura dan Indonesia diterima oleh badan bola sepak dunia itu, Singapura akan bertanding dalam Piala Remaja Fifa buat kali pertama.

Menurut laporan The Straits Times, kali terakhir pasukan bola sepak Singapura beraksi dalam piala berprofil tinggi ialah di Sukan Olimpik Belia yang julung-julung kali diadakan pada 2010. Pasukan bawah 15 tahun berjaya menawan hati dan imaginasi peminat dalam perjalanan untuk meraih pingat gangsa.

Piala Dunia Fifa U-17 – yang akan menjadi perlawanan tahunan mulai 2025 – dan Piala Dunia Fifa U-20, yang dijalankan setiap dua tahun, bertujuan memberi peluang kepada pemain belia untuk bermain dalam perlawanan antarabangsa.


Bintang bola sepak terkenal dunia seperti, Ronaldinho, ikon Brazil; Phil Foden, penyerang Manchester City dan England; dan penyerang kelab Napoli, Victor Osimhen, semuanya pernah menjulang Piala Dunia U-17 manakala Diego Maradona, Messi dan Paul Pogba telah memenangi pemain terbaik dalam Piala Dunia U-20.

Rundingan terkini Singapura bersama Indonesia berlaku setelah pengumuman daripada presiden PSSI, Encik Erick Thohir pada Oktober, yang menyatakan hasrat Indonesia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 bersama Australia, Malaysia dan Singapura.

Edisi 2023 Piala Dunia U-20 dan U-17 telah diadakan di empat stadium di Argentina dan Indonesia.

Buat masa ini, perlawanan antarabangsa dan serantau telah diadakan di Stadium Negara Singapura yang mempunyai 55,000 tempat duduk; Stadium Jalan Besar dengan 6,000 tempat duduk dan Stadium Bishan, yang boleh memuatkan kira-kira 6,000 tempat duduk.

Stadium Toa Payoh dan NS Square di Marina Bay dijangka siap pada 2030 dan 2027 manakala Pusat Sukan Daerah Punggol, yang akan mempunyai stadium bola sepak dengan 5,000 tempat duduk dijangka siap pada akhir 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >