KEJOHANAN ini dianggap penuh bersejarah - kali pertama sukan seni mempertahankan diri Melayu silat menembusi Korea Selatan.
Terbukti pasukan 'gagah' Singapura yang terdiri daripada enam pesilat tidak mengecewakan apabila muncul sebagai juara keseluruhan pertandingan Pencak Silat Terbuka Antarabangsa Korea Selatan yang berakhir di bandar Pyeongtaek hujung minggu lalu.