Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura kurang menyengat, diikat 2-2 oleh Papua New Guinea

Perlawanan sulung jurulatih Takayuki Nishigaya di Stadium Negara kurang menyakinkan
Jun 16, 2023 | 10:54 PM



Di Stadium Negara yang hampir kosong dan tanpa paluang gendang atau sorakan lantang penyokong, pasukan bola sepak Singapura kurang menyengat dan hanya mampu seri 2-2 dengan lawan yang baru tiba ke sini kurang 24 jam sebelum wisel permulaan.

Hanya 4,981 penonton berada di stadium yang boleh menampung 55,000 orang itu, dan perlawanan sulung jurulatih nasional Takayuki Nishigaya berlangsung tanpa mencetus kenangan indah.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada awal Jumaat berkata semua tiket bagi perlawanan itu sudah habis dijual. Difahami 5,000 tiket telah diperuntuk bagi penyokong.

Mencerminkan suasana suram itu, aksi pasukan Singa - yang menduduki tangga ke-158 di ranking Fifa - di padang pula tidak memenuhi jangkaan, dengan kapten Hariss Harun dan rakan sepasukan gagal mengambil kesempatan untuk memberi tekanan bermakna ke atas lawan yang terletak satu tangga di bawahnya.

Perlawanan itu asalnya dijadualkan berlangsung pada Khamis, tetapi ditangguh sehari selepas penerbangan pasukan Papua New Guinea ke kota Singa dibatalkan dan penerbangan gantian tiba di sini terlalu suntuk bagi memenuhi jadual asal.

Di Stadium Negara pada Jumaat, Nishigaya menurunkan pasukan eksperimental tanpa pemain bertaraf bintang seperti Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi yang cedera, dengan beberapa pemain muda diberi peluang menunjukkan keupayaan.

Di gawang, penjaga gol Hassan Sunny diberi peluang menyarung jersi negara bagi kali ke-105.

Pemain bek tengah Shakir Hamzah, Lionel Tan, Irfan Najeeb membentuk pertahanan Singa, dengan Glenn Kweh dan Hafiz Nor dikerahkan sebagai bek kiri dan kanan.

Zulfahmi Ariffin – yang hanya bertahan selama 34 minit sebelum digantikan Hariss Harun akibat kecederaan – Shah Shahiran dan Adam mengawal midfield.

Shawal dan Faris Ramli pula diberi kepercayaan memimpin serangan pasukan negara.

Sejak awal perlawanan, kededua penyerang itu rancak melakukan larian untuk menembusi kubu pertahanan Papua New Guinea. 

Meskipun berjaya mencipta peluang jaringan beberapa kali, mereka kurang tajam di depan gol.

Jaringan pertama Singapura muncul pada minit ke-23 menerusi tandukan Adam Swandi, yang menyumbat gol kedua dalam 18 perlawanan bagi negara.

Selepas mendahului perlawanan, pasukan Singa kelihatan selesa mengawal perlawanan. Namun keadaan itu tidak berkekalan. 

Kecuaian di bahagian pertahanan memberi peluang untuk pemain midfield Papua New Guinea Ati Kepo membuat rembatan jarak jauh dan menyamakan kedudukan pada minit ke-41.

Dua minit kemudian, Singapura membalas balik dengan gol daripada Shawal.

Tetapi, keriangan pasukan tuan rumah hanya sementara apabila Raymond Gunemba berjaya menjaringkan gol kedua Papua New Guinea sebelum waktu rehat.

Nishigaya membuat beberapa pertukaran pemain pada separuh kedua – termasuk membawa masuk penyerang Amy Recha dan Daniel Goh.

Kededua pasukan cuba mencari gol kemenangan tetapi membazir peluang jaringan yang dicipta masing-masing, dengan aksi terikat sehingga ke wisel penamat.

Singapura akan kembali beraksi pada 18 Jun apabila ia berdepan Solomon Islands.

Nishigaya mungkin mengharapkan pengalaman lebih gembira di Stadium Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >