Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

S’pura raih tempat ke-12 dalam Kejohanan Floorball Wanita Dunia

Dec 09, 2023 | 06:21 PM



Singapura menamatkan persaingan mereka dalam  Kejohanan Floorball Dunia (WFC) Wanita 2023 di tempat ke-12 selepas tewas 13-1 kepada Norway di Stadium Tertutup Singapura pada 9 Disember.

Kelakonan di laman sendiri itu sekaligus menandingi prestasi terbaik Singapura dalam format semasa pertandingan, yang diperolehi pada edisi 2019. 

Seramai 16 pasukan bertanding dalam kejohanan terbesar sukan itu.

Dalam perlawanan penentu tempat ke-11 yang mencabar, Singapura bergelut menentang Norway, pasukan nombor tujuh dunia, yang lebih fizikal dan tajam di depan gol.

Ini meskipun Singapura, yang enam tangga di atas seterunya, memulakan aksi dengan baik – mampu berdaya saing dan menahan serangan pemain Norway. 

Bagaimanapun, kedudukan itu berubah pada minit ke-14 apabila Tone Einstulen membuka tirai jaringan untuk Norway.

Pesta gol kemudian menyusul untuk pasukan Eropah itu.

Dua gol pantas dalam tempoh seminit – hasil sumbangan Marte Pedersen dan Rikke Hansen – pada akhir babak pertama memperluaskan jurang gol dan meletakkan Norway dalam kedudukan selesa 3-0 sebelum waktu rehat.

Separuh kedua terus menyaksikan Norway mengancam gawang Singapura dan menyumbat dua lagi gol.

Einstulen, yang dinobat pemain terbaik Norway dalam perlawanan, menjaringkan gol keduanya pada minit ke-27, sebelum Kine Eriksen menambah derita Singapura dengan jaringannya enam minit kemudian.

Singapura cuba bangkit kembali apabila gol Siti Nurhaliza Khairul Anuar pada minit ke-38 membawa keriuhan kepada penyokong tempatan yang hadir.

Penyerang itu juga adalah pemain terbaik Singapura dalam perlawanan tersebut.

Namun, Norway terbukti terlalu handal untuk Singapura.

Lapan gol dibolos pasukan tuan rumah dalam babak ketiga, dengan keletihan jelas dilihat pada pemain Singapura yang mendapati kesukaran menghalang serangan bertubi-tubi lawan.

Hansen melakukan hatrik, manakala Ida Sundberg menjaringkan dua gol dalam babak itu.

Martine Simonsen, Nicoline Olsen dan Kine Eriksen setiap seorang juga menyumbat segol untuk menyempurnakan kempen Norway di kota Singa.

Keputusan berakhir 13-1 dengan Singapura bernafas lega apabila mendengar wisel penamat.

Perlawanan akhir dan aksi untuk menentukan tempat ketiga hingga kelapan WFC 2023 akan berlangsung pada 10 Disember, iaitu hari terakhir kejohanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >