Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Bola sepak

S'pura tumpas 1-2 kepada M'sia, harapan ke separuh akhir kian pudar

Aug 17, 2017 | 12:09 AM



HARAPAN Singa Muda mara ke separuh akhir pertandingan bola sepak Sukan SEA kian pudar selepas ia tumpas 1-2 kepada tuan rumah Malaysia - kekalahan kedua berturut-turut - walau ia membuka tirai jaringan dalam perlawanan Kumpulan A pada 16 Ogos itu.



Sejumlah 33,000 penyokong tuan rumah di Stadium Bukit Jalil bak tercengang apabila Amiruldin Asraf menyumbat gol pertama sejurus sebelum waktu rehat.



Namun, pasukan Ong Kim Swee berjaya menjaringkan dua gol kilat selepas rehat,  untuk mematahkan semangat Singa Muda yang bak hilang arah dalam babak kedua.



Tanpa sebarang mata selepas dua perlawanan, Singa Muda kini terjerumus di tangga corot Kumpulan A, dengan kelayakan ke separuh akhir kini di luar tangan mereka. Ia tewas 2-0 kepada Myanmar dalam perlawanan pertama, kelmarin.



Namun, malam yang berakhir muram bermula lebih cerah bagi Singa Muda.



Pasukan negara yang dipimpin jurulatih Richard Tardy memulakan perlawanan dengan rentak yang hebat walaupun beraksi di 'kandang Harimau'.



Sorakan gemuruh para penyokong tidak sedikitpun menggoyah mahupun menghambat persembahan negara dengan kededua pasukan saling melakukan serangan balas pada separuh masa pertama.



Gol yang dicari Singa Muda akhirnya diperolehi pada minit ke-38 menerusi percubaan jarak jauh pemain midfield Muhammad Amiruldin Nodin.



Rembatannya dari luar kotak penalti memperdaya penjaga gawang Muhammad Haziq Nadzli sebelum mengena tiang dan menyelinap ke dalam gol.



Namun, Malaysia bangkit pada separuh masa kedua dengan harapan agar dapat mengumpul tiga mata penuh dan mencerah laluan ke separuh akhir.



Ong  membuat dua pertukaran selepas waktu rehat - menggantikan pemain Muhammad Syahmi Safari untuk penyerang Muhammad Nor Azam Abdul Azih dan Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik untuk Thanabalan Nadarajah - pertukaran yang menyuntik kerancakkan tambahan dalam serangan pasukan tuan rumah.



Gol penyamaan muncul pada minit ke-68 menerusi rembatan kencang Nor Azam.



Malaysia terus mengasak dan meningkatkan tempo permainan mereka, manakala mutu permainan Singapura mula merosot.



Selang enam minit, benteng pertahanan Singapura yang merapuh didenda lagi, dengan  Thanabalan menyumbatkan gol kedua dan kemenangan pada minit ke-74.



Kegagalan ini bermakna harapan Singapura kian pudar untuk terus beraksi di Sukan SEA ini dan Tardy akur pasukkannya perlu memenangi baki dua perlawanan dengan Laos dan Brunei.



"Kami kalah perlawanan ini secara fizikal. Pada separuh masa pertama kami mengawal perlawanan dan menyebabkan masalah untuk mereka. Tetapi semua itu berubah selepas sejam dan kami mula mengalami masalah fizikal.



"Sekarang kami perlu bermain dengan baik untuk menang dua perlawanan seterusnya.



"Kami adalah pasukan kebangsaan dan kami tidak akan mudah mengalah meskipun keputusan hari ini tidak menyebelahi kami," ujar Tardy.



Singa Muda berdepan dengan Laos pada 4 petang Jumaat (19 Ogos)  di Stadium Selayang sebelum berentap dengan Brunei pada perlawanan terakhir pada Rabu (23 Ogos).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >