Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA 2015

S'pura tunjuk peningkatan, tapi tewas 2-1 kepada Syria

Feb 21, 2015 | 09:33 PM



PASUKAN bola sepak bawah 23 Singapura tewas 2-1 kepada Syria bawah 23 tahun di Stadium Jalan Besar malam Sabtu, tetapi ia memberikan persembahan kental yang bukan sahaja menebus kekecewaan kekalahan besar kepada Jepun malah mencadangkan masa depan cerah di Sukan Asia Tenggara (SEA) Jun nanti.


Namun walau boleh berpuas hati dengan semangat juang yang ditunjukkan anak didiknya, Aide Iskandar perlu pantas memperbaiki kekurangan pasukannya - kurang 100 hari sebelum pertandingan bola sepak Sukan SEA bermula - terutama dari segi perhubungan antara pemain di padang dan ketekunan semasa bertahan.


Disaksikan 1,357 penonton, Singapura memulakan perlawanan dengan baik, dengan Amirul Adli bermain di tengah midfield dalam usaha Aide Iskandar memperkukuh benteng sejak kekalahan 1-8 kepada Jepun minggu lalu.


Namun Syria mula menguasai permainan dan kian mengasak pintu gawang tuan rumah, memaksa Singapura bertahan dan meninggalkan penyerang tunggal Irfan Fandi keseorangan tanpa sokongan di barisan depan.


Dalam minit ke-13, Syria hampir mencuri gol pembukaan apabila Syazwan Buhari gagal menangkap bola dengan kemas, tetapi penjaga gawang Young Lions itu berjaya mendakap bola pada percubaan kedua.


Tanpa berputus asa, Syria meneruskan asakan dan akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-20 melalui Khaled Almbayed yang membuat percubaan cantik dari luar petak penalti yang melencong ke penjuru gawang.


Gol itu mencetus kebimbangan bahawa Syria bakal menang besar sekali lagi - mengulangi kemenangan 1-6 ke atas Singapura bawah 22 tahun awal minggu ini.


Namun kelebihan yang dinikmati pasukan Timur Tengah itu hanya berkekalan selama dua minit. Dengan tubuhnya membelakangkan gol, Irfan Fandi berjaya memusingkan tubuhnya dan merembat bola yang memperdaya Abdullatif Nassan dari jarak dekat.


Bagaimanapun hasrat anak didik Aide memelihara jaringan 1-1 ke waktu rehat tidak kesampaian apabila Syria menjaringkan gol kedua dalam masa kecederaan babak pertama. Shadi Alhamwi disajikan dengan peluang keemasan apabila Syazwan membenarkan bola melalui kelengkangnya selepas menyelamatkan bola secara akrobatik. Lantas bola melantun bebas ke arah Shadi yang hanya perlu menyentuh bola ke dalam gawang.


Babak kedua permainan bermula dengan rentak permainan yang lebih perlahan. Amirul dipindah ke tengah pertahanan, dengan tempatnya diambil oleh Afiq Noor yang menggantikan Ali Hudzaidi yang cedera. Al-Qaasimy pula beralih dari tengah pertahanan ke bek kanan, sementara Sheik Abdul Hadi kekal di bek kiri.


Perubahan itu sedikit sebanyak memperkukuh benteng Singapura, yang mula mengatur serangan tetapi bola terakhir kurang mengancam dan mudah dipatahkan Syria.


Sementara itu, Syria juga terus mengasak, mencetus beberapa adegan ngeri di petak penalti tuan rumah, walay Syazwan kini lebih tenang dan bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.


Namun, walau Singapura mengakhiri perlawanan sebagai pasukan yang lebih cergas, terutama selepas Aide menggantikan beberapa pemain, perlawanan berkesudahan 2-1, mencadangkan masih banyak lagi peningkatan diperlukan bagi skuad yang memburu emas di Sukan SEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >