Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU LIGA PERDANA ENGLAND: TOTTENHAM LWN CHELSEA

Spurs, Chelsea 'masih goyang', TAPI 3 MATA satu kemestian

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Dengan kedudukan 11 mata di belakang Tottenham Hotspur dalam saingan memburu tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan, Chelsea tidak ada pilihan lain selain menang.



"Perlawanan ini ialah 'do or die' (berjaya atau hilang peluang)," kata bekas pemain Chelsea, Joe Cole.



"Hakikatnya, keadaannya agak malap bagi Chelsea untuk mendapat empat teratas dalam liga, tapi dengan kekalahan di tangan Spurs, ia menjadikan misi itu sesuatu yang mustahil," ujar beliau.



Meskipun berpisah dengan pengurusnya, Thomas Tuchel, dan menggantikan beliau dengan pengurus muda yang cemerlang bersama Brighton, Graham Potter, nasib pasukan London itu tidak dapat berubah.



Sejak mengambil alih Chelsea, Potter hanya mampu menang lima daripada 17 perlawanan sejauh ini, sambil kalah dan seri sebanyak enam kali.



"Kita telah melihat pengurus Chelsea sebelum ini dipecat dengan rekod yang lebih baik. Meskipun saya percaya Potter harus diberikan peluang, namun saya tidak akan terkejut jika beliau dilepaskan Chelsea sebelum musim berakhir," ujar Cole lagi.



Tekanan ke atas Potter semakin meruncing setelah pemilik baru Chelsea, Todd Boehly, membelanjakan lebih £326 juta ($529 juta) pada jendela pemindahan Januari lalu.



Meskipun lawannya itu sedang melalui masa yang mencabar, pengurus Spurs, Antonio Conte, berkata beliau dan anak buahnya langsung tidak memikirkan nasib yang melanda Chelsea itu.



Menurut pengurus asal Italy itu, beliau dan para pemain fokus kepada tugas yang harus mereka laksanakan. Bahkan, Spurs juga sendiri baru saja mengharungi masa-masa sukar dengan beberapa persembahan yang mengecewakan.



"Kami masih lagi perlu bekerja keras untuk mengatasi pengalaman sukar kami itu, dan pastikan momentum positif dalam liga kini diteruskan.



"Jadi Spurs tiada masa untuk memikirkan tentang pasukan lain. Saingan dalam liga ini amat sengit, jadi kami harus memikirkan tentang diri kami sendiri sahaja. Bila kami hilang fokus, di situlah kami akan mengalami masalah," ujarnya.



Bekas pemain dan pegurus Spurs, Tim Sherwood, berkata bekas pasukannya itu harus bermain dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan 'budak sekolah' yang dilakukan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.



"Chelsea mempunyai cukup pemain baik yang dapat mengambil kesempatan kesilapan yang dilakukan Spurs.



"Conte harus pastikan, pasukan yang diturunkannya fokus sepenuhnya," katanya.



Dalam pada itu, meskipun akur dengan cabaran yang harus diatasi, Potter berkata beliau yakin dengan kebolehannya dan para pemain.



"Kami semua tahu, apa yang dilakukan sejauh ini tidak boleh diterima. Dan tiada perlawanan lebih sesuai untuk kami bangkit dan mengorak langkah baru dalam musim ini daripada tiga mata di padang Spurs," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >