Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs gesa ambil tindakan lepas Son dapat mesej perkauman

Feb 21, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Tottenham Hotspur menggesa syarikat media sosial mengambil tindakan setelah penyerangnya Son Heung-Min menerima mesej berbaur perkauman dalam talian.



Menurut BBC, ia berlaku di sebalik kemenangan 2-0 Spurs West Ham pada Ahad. Son menjaringkan gol kedua Spurs.



Dalam satu kenyataan di laman Twitternya, Tottenham berkata: "Kami telah dimaklumkan tentang kritikan berbaur perkauman dalam talian yang ditujukan kepada Son Heung-Min semasa perlawanan... yang telah dilaporkan oleh kelab.



"Kami bersama Sonny dan sekali lagi menyeru syarikat media sosial dan pihak berkuasa supaya mengambil tindakan."



Awal bulan ini, kumpulan antiperkauman Kick It Out menuntut "pembaharuan bermakna" selepas penyerang Brentford, Ivan Toney, menerima mesej berbaur perkauman di Instagram.



Toney menjadi sasaran selepas menjaringkan gol penyamaan kontroversial ketika menentang Arsenal, yang sepatutnya ditolak video penolong pengadil (VAR) kerana kedudukan ofsaid.



Penyerang itu mendedahkan pada Oktober 2022 beliau menerima mesej berbaur perkauman di Instagram selepas menjaringkan kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Brighton.



Meta, syarikat induk Instagram dan Facebook, mengecam kritikan berbaur perkauman itu, tetapi berkata ia tidak boleh mengambil tindakan kerana mesej itu tidak dilaporkan dalam aplikasi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >