SWANSEA: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, melahirkan kegembiraan melihat pasukannya mempamerkan semangat perjuangan kental selepas mencatatkan kemenangan detik akhir 2-1 ke atas Swansea di Stadium Liberty dinihari semalam.
Gol jaringan minit ke-88 oleh Christian Eriksen - gol keenamnya sepanjang musim ini - membolehkan pasukan pelawat membolot tiga mata kemenangan.