PARIS: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, menyesali kejadian lampu stadium di Istanbul terpadam dan perlawanan tertangguh buat beberapa ketika yang menyaksikan pasukannya tewas tipis 0-1 di tangan Besiktas awal pagi semalam.
Kekalahan itu menyebabkan Spurs terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua Kumpulan C pertandingan Liga Europa, sekali gus bermakna mereka bakal berdepan lawan lebih sukar dalam undian pusingan selanjutnya.