Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU TOTTENHAM HOTSPUR LWN MANCHESTER UNITED

Spurs tidak ‘tumpul’ tanpa Kane, hanya pertahanan perlu mantap

Aug 19, 2023 | 05:30 AM



Pasukan Tottenham Hotspur (Spurs) pimpinan Ange Postecoglou memulakan kempen musim kali ini dengan keputusan seri 2-2 semasa menentang Brentford hujung minggu lalu.

Meskipun dengan hanya keputusan seri, namun persembahan Spurs kelihatan lebih kepada taktik menyerang seawal minit pertama permainan.

Kesebelasan utama pasukan yang popular dengan gelaran The Lilywhites itu jelas masih berusaha menyesuaikan permainan di bahagian jentera serangan sejak ketiadaan Harry Kane yang telah berpindah ke Bayern Munich pada musim kali ini.

Namun begitu pasukan ini tidak kelihatan tumpul semasa membuat serangan, hanya di bahagian penyudah masih kurang menyerlah.

Rentak permainan yang lebih kepada serangan sejak jurulatih baru, Postecoglou, mengambil alih jelas kelihatan seawal minit pertama.

Hasilnya Cristian Romero, yang merupakan antara tunggak benteng pertahanan pasukan itu berjaya menyumbatkan gol hasil tandukannya pada minit ke-11.

Meskipun begitu, Romero terpaksa digantikan tidak lama kemudian selepas jaringannya itu akibat kepalanya terhantuk.

Para pemain baru seperti James Maddison yang baru menyertai Spurs daripada Leicester City untuk musim kali ini, ternyata tunggak di bahagian ‘enjin’ pasukan Spurs.

Bukan sahaja beliau mendapatkan tendangan percuma buat pasukannya, beliau juga yang membuat umpanan kepada jaringan Romero selain gol penyamaan Emerson Royal sejurus sebelum separuh masa.

Beliau bertindak secara kreatif dan membuka peluang kepada ramai pemain, termasuk Richarlison, namun gagal dimanfaatkan dengan sempurna oleh penyerang asal Brazil itu.

Malah Richarlison kelihatan agak tumpul terutamanya semasa separuh masa pertama.

Ramai peminat yang kini mula membandingkan pemain tersebut dengan Kane, dan ini pastinya akan memberi tekanan kepada pemain itu yang masih tidak mampu mendapat rentak sebagai penyerang dan penyudah untuk Spurs.

Seorang lagi pemain yang patut diberi perhatian ialah Yves Bissouma.

Keyakinan yang positif dipamerkan pemain kelahiran Ivory Coast ini yang bergerak di bahagian midfield pertahanan menggugat bahagian tengah lawan.

Beliau ternyata pemain sesuai di bawah kepimpinan Postecoglou yang banyak menekankan serangan ke pihak lawan.

Bagi Son Heung-min, yang kini bertindak selaku kapten – menggantikan Kane – persembahannya semasa menentang Brentford perlu lebih kreatif seperti yang pernah dilakukannya beberapa tahun lalu.

Kesilapan beliau mengasari pemain lawan sehingga memberi penalti buat Brentford yang kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-27, patut diberi perhatian memandangkan Son bukan pemain yang boleh dianggap agresif.

Sentuhan jaringannya masih belum dapat ditemui, namun Son yang berasal dari Korea Selatan bukan seorang pemain yang mudah mengalah.

Beliau sudah pasti akan bermain dengan lebih baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang.

Secara keseluruhannya, sedang jentera serangan masih memerlukan penyudah yang mantap, bahagian benteng pertahanan pula perlu lebih kukuh semasa menghadapi tekanan pasukan lawan.

Justeru perlawanan kedua Liga Perdana England (EPL) menentang Manchester United (yang juga kurang konsisten semasa perlawanan pertama mereka) pada tengah malam Ahad, merupakan penilaian baik untuk menilai prestasi Spurs sepanjang musim kali ini.

Ramalan wartawan: Tottenham Hotspur 1 – Manchester United 1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >