TOKYO: Srikandi tenis meja Singapura semalam mengorak langkah hebat apabila mengatasi Romania 3-1 dan menempah tempat ke pusingan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun.
Kejayaan itu lebih manis memandangkan bahawa lawannya dari Eropah itu sebelum ini mengejutkan pilihan kedua dunia, Korea Selatan, dalam pusingan 16 pasukan terakhir.