Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Stadium Bukit Jalil siap untuk final Piala FA

May 21, 2015 | 05:55 PM



KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi aksi final Piala FA 2015 antara Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII, Sabtu ini.


Jaminan itu diberi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM yang baharu, Encik Azman Fahmi Osman yang menegaskan pihaknya kini menggunakan baka rumput tempatan bermutu tinggi, 'National Grass' bagi menggantikan rumput jenis 'Bermuda' yang digunakan sebelum ini.


Selain mempunyai ketahanan yang lebih lasak, rumput berkenaan turut sesuai dengan keadaan struktur stadium serta keadaan cuaca di negara ini, katanya.


"Keadaan rumput adalah terbaik dan sangat sesuai digunakan pada aksi final kali ini. Rumput yang digunakan sebelum ini diletakkan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan.


Di sana pun, rumputnya bermasalah, jadi kita gunakan rumput terpakai sebelum ini ke padang di sana," katanya pada sidang media di SNBJ, hari ini.


Encik Azman Fahmi menjelaskan PSM turut menggunakan lampu khas iaitu 'Grow Light' yang diimport khas dari Belanda yang dipasang sepanjang masa bagi membolehkan rumput padang yang terlindung untuk menerima cahaya.


Beliau yang dilantik menjawat jawatan berkenaan berkuatkuasa pada 5 Mei lalu turut memaklumkan PSM mendapatkan nasihat daripada Dekan Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi, iaitu pakar rumput, bagi memastikan keadaan rumput di stadium berkenaan berada dalam keadaan terbaik.


Encik Azman Fahmi turut menegaskan, pihaknya hanya akan membenarkan penggunaannya kepada aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak dan kejohanan olahraga manakala kegunaan selain daripada itu memerlukan kelulusan khas daripada PSM bagi menjaga kualiti padang berkenaan.


Katanya selepas perlawanan akhir Piala FA, stadium itu akan ditutup untuk penyelenggaraan penuh sehingga 11 Jun ini bagi menghadapi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.


Menyentuh mengenai penggunaan rumput sintetik yang dicadangkan segelintir pihak, beliau berkata padang tiruan tidak sesuai digunakan di Stadium Nasional memandangkan ia tidak menepati keadaan cuaca di negara ini.


Penukaran rumput di stadium itu sebelum ini menelan belanja RM1.5 juta dan Kementerian Belia dan Sukan mencuba dua jenis rumput iaitu rumput jenis 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' namun tidak berhasil. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >