LIVERPOOL: Raheem Sterling mengekalkan peluang tipis Liverpool meraih empat tempat teratas dalam liga dan mara ke Liga JuaraJuara Eropah musim depan dengan menjaringkan satu gol mengatasi Newcastle 2-0 di tempat sendiri semalam.
Pasukan bergelar The Reds itu menjamin kemenangan selesa menerusi dua gol, jaringan Sterling dan Joe Allen, dalam kededua babak permainan bagi merapatkan jurang dengan Manchester City.