PIALA LIGA CAPITAL ONE

Sterling bersinar, bantu Liverpool tempah pertemuan dengan Chelsea di separuh akhir Piala Liga Capital One

Liverpool tundukkan Bournemouth 3-1; Tottenham Hotspur kalahkan Newcastle 4-0, tempah pertemuan dengan Sheffield United di separuh akhir.

RAHEEM Sterling menjaring dua gol demi membantu Liverpool menewaskan pendahulu Championship Bournemouth 3-1 dalam suku akhir Piala Liga Capital One dini hari Khamis.

Gol ketiga dijaringkan Lazar Markovic dan kemenangan it menjamin tempat Liverpool di separuh akhir di mana ia akan bertemu Chelsea.

Kemenangan itu mengembalikan keyakinan kepada anak didik Rodgers menjelang pertemuan liga penting dengan Arsenal hujung minggu ini.

Liverpool bukan sahaja sahaja tersingkir dari Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu, malah dibenam 0-3 oleh Manchester United dan naib juara musim lalu itu kini terperuk di tangga ke-sembilan.

Dalam suku akhir kedua pagi tadi, Tottenham Hotspur membelasah seteru Liga Perdana England Newcastle 4-0 bagi menempah tempat di separuh akhir. Ia bakal bertemu kelab divisyen kedua England Sheffield United di separuh akhir. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.