LIVERPOOL: Laungan ejekan dan gesaan agar beliau kekal menyambut penyerang Liverpool dan England, Raheem Sterling (gambar), semasa beliau menerima anugerah Pemain Muda Terbaik kelab itu Selasa lalu, sehari selepas terdapat berita bahawa beliau mahu meninggalkan Anfield.
Berusia 20 tahun, Sterling, yang menyertai Liverpool dari Queens Park Rangers pada 2010, telah menjolok perasaan peminat menyusuli laporan akhbar Selasa lalu bahawa beliau mahu berpindah dan menolak kontrak baru yang bernilai sekitar £100,000 ($207,250) seminggu.