LIVERPOOL: Pemain sayap Liverpool, Raheem Sterling, telah menafikan dakwaan bahawa beliau 'mata duitan' selepas perbincangan antaranya dengan kelab tentang pelanjutan kontrak terbantut baru-baru ini.
Masa depan bintang England berusia 20 tahun itu kini menjadi bahan spekulasi hangat di sana, berlatar usaha Liverpool mendesak Sterling melanjutkan kontrak melepasi tarikh luput pada 2017.