Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Stoke bayar lebih $26j dapatkan penyerang Inter Milan

Aug 12, 2015 | 06:49 PM



LONDON: Stoke City memecahkan rekod pembelian mereka dengan mendapatkan penyerang Switzerland, Xherdan Shaqiri, kelmarin - hari kedua berturut-turut kelab sederhana Liga Perdana menunjukkan kemampuan mereka yang terus meningkat.


Stoke berkata pada laman mereka (www.stokecityfc.com) bahawa mereka telah membayar £12 juta ($26.4 juta) untuk mendapatkan penyerang Inter Milan tersebut, yang sebelum ini bermain untuk Bayern Munich.


Dengan keseluruhan jumlah yang telah dibelanjakan pada musim pemindahan ini sudah pun mencecah £500 juta, tindakan Stoke mencerminkan bahawa kini bukan sahaja kelab yang besar yang berbelanja kasar.


Tidak berapa lama dulu, penyokong Stoke tidak akan terbayang kelab mereka mampu menarik bakat seperti Shaqiri daripada salah sebuah kelab yang terkenal di Eropah.


Suatu masa dulu, Shaqiri pernah disamakan seperti Lionel Messi apabila kali pertama muncul untuk kelab Switzerland, Basel.


Tetapi dengan kontrak TV yang baru yang bernilai £5.14 bilion yang bakal bermula musim depan, tidak termasuk jumlah lumayan daripada persetujuan dengan TV luar negara, kelab yang dulunya serba sederhana, kini turut memburu nama-nama yang terkenal.


Isnin lalu, West Bromwich Albion juga memecahkan rekod kelab dengan mengeluarkan £12 juta untuk penyerang Venezuela Zenit St Petersburg, Salomon Rondon.


Kelab seperti Swansea dan Crystal Palace juga mendapatkan pemain yang menarik.


Shaqiri, yang menandatangani kontrak lima tahun, boleh tampil buat kali pertama apabila Stoke bertandang ke Tottenham Hotspur lusa ini.


Pengurus Stoke, Mark Hughes, melahirkan keghairahannya selepas mendapat pemain yang bermutu tinggi itu.


"Beliau seorang pemain yang dinamik yang akan membawa sesuatu yang berbeza kepada pasukan dan pada usia 23 tahun, beliau masih mempunyai potensi yang besr," kata Hughes pada di laman tersebut.


"Dalam perbualan saya dengannya, jelas sekali beliau berasa ghairah mahu bermain dalam Liga Perdana dan menunjukkan kebolehannya."


Shaqiri telah menjaringkan 17 gol daripada 46 penampilan untuk Switzerland, termasuk rembatan kencang kaki kiri semasa menentang England pada 2010 dalam perlawanan kelayakan Euro 2012. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >