Suarez digantung sembilan perlawanan

RIO DE JANEIRO: Penyerang Uruguay, Luis Suarez, dijatuhi hukuman gantung sembilan perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) malam tadi selepas didapati bersalah menggigit pemain bek Italy, Giorgio Chiellini.

Bintang Liverpool itu juga digantung daripada semua kegiatan berkaitan bola sepak selama empat bulan dan didenda 100,000 franc Switzerland ($140,000).

Suarez melakukan kesalahan itu dalam satu perlawanan Kumpulan D Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Fifa, Claudio Sulser, dalam satu kenyataan, berkata: "Perangai serupa itu tidak boleh diterima di mana-mana padang bola, khususnya dalam Piala Dunia Fifa apabila jutaan mata penonton tertumpu kepada bintang-bintang yang turun ke padang.

Menurut Fifa, hukuman tersebut dikuatkuasakan secara serta-merta.

Ini bermakna Suarez akan terlepas beraksi dalam baki kempen Uruguay dalam Piala Dunia di Brazil, bermula dengan perlawanan pusingan kalah mati menentang Colombia Ahad ini.

Selain itu, Suarez turut dilarang memasuki mana-mana stadium sepanjang tempoh penggantungan selama empat bulan dan stadium yang melibatkan perlawanan Uruguay sepanjang tempoh penggantungan bermain sebanyak sembilan perlawanan yang dijatuhkan ke atasnya.

Keputusan hukuman itu telah pun disampaikan kepada Suarez dan Persatuan Bola Sepak Uruguay malam tadi. - Agensi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.