MONTEVIDEO: Hasrat Luis Suarez beraksi di Piala Dunia mungkin tinggal impian semata-mata setelah penyerang Uruguay itu dijadualkan menjalani pembedahan lutut pagi ini - hanya tiga minggu sebelum temasya sukan itu bermula di Brazil.
Bintang Liverpool berusia 27 tahun itu telah mengadu sakit di lututnya semasa latihan dan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) menunjukkan ini disebabkan meniskus yang bermasalah dan memerlukan pembedahan serta-merta, menurut laporan media di Uruguay.