Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Suhaila buru gelaran dunia dengan keyakinan baru

PINGAT EMAS SULUNG YANG DIMENANGI DI KEJOHANAN PENCAK SILAT ASIA KEDUA PEMBAKAR SEMANGAT
Jul 18, 2016 | 05:30 AM



TAHUN ini mungkin milik Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Di Myanmar tiga tahun lalu, kempen Sukan SEA pesilat nasional itu berakhir dengan titisan air mata selepas beliau tumpas di separuh akhir.



Di Sukan SEA ke-28 tahun lalu, harapannya memenangi pingat emas di depan penyokong sendiri kecundang selepas beliau sekali lagi tewas di separuh akhir, kekalahan 0-5 kepada pesilat Malaysia Siti Rahmah Nasir dalam Kelas D (60-65 kg).



Beliau dijangka memenangi pertandingan itu, atau sekurang-kurangnya melangkah ke final, selepas meraih pingat perak di Kejohanan Pencak Silat ke-16 di Phuket di awal tahun.



Namun beliau telah 'langkah kanan' tahun ini.



Selepas memenangi pingat perak di Terbuka Belgium pada Mei, Suhaila, 21 tahun meraih pingat emas pertama kerjayanya di Kejohanan Pencak Silat Asia Kedua di Dewan Sukan Bedok, bulan lalu.



Di luar jangkaannya sendiri, beliau menang 'bersih' 5-0 ke atas juara Vietnam Vu Thi Chi dalam final Kelas D, selain memenangi anugerah pesilat perempuan terbaik kejohanan itu.



"Kemenangan ini begitu bermakna bagi saya," ujar Suhaila.



"Selepas sekian lama mencuba dan gagal... saya berasa bak telah mengatasi adangan psikologi dan kini hanya berharap dapat terus membangun sebagai pesilat," ujar Suhaila yang kini berlatih sepenuh masa dan bercadang menangguh pengajiannya sehingga Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.



Bekas penuntut Politeknik Ngee Ann itu antara dua pesilat muda yang dilantik menerima Biasiswa Kecemerlangan Sukan (Spex) buat julung-julung kali Mac lalu.



Seorang lagi penerima baru ialah juara dunia Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, sementara juara Sukan SEA berganda Nur Alfian Juma'en dan bekas juara dunia Muhammad Shakir Juanda penerima biasiswa sejak dua tahun lalu.



Menurut Suhaila, biasiswa itu telah memberinya dorongan baru agar berlatih dan mencapai kejayaan lebih tinggi dalam sukan ini.



Selain sokongan kewangan, sokongan latihan dan bantuan psikologi di Institut Sukan Singapura (SSI) juga banyak membantu, ujar Suhaila yang berlatih dua kali sehari, hampir setiap hari.



Menjalani latihan dan 'bergasak' dengan pesilat lelaki juga telah menjadikannya lebih 'kental'.



"Mereka tidak anggap saya sebagai pesilat perempuan semasa latihan... kadangkala saya seperti hendak menangis apabila terkena pukulan terlalu kuat.



"Tapi saya tahu, pengalaman ini akan membuat saya menjadi lebih berani dan cekal hati di gelanggang pertandingan," ujar Suhaila.



Beliau dijangka mengambil bahagian dalam Terbuka Belanda dan Sukan Pantai Asia September ini.



Namun sasaran utamanya ialah Kejohanan Pencak Silat Dunia di Bali, Indonesia yang berlangsung pada 1-10 Disember ini.



Ini kali ketiga beliau beraksi di pentas dunia, selepas 2015 dan 2012 - di mana beliau memenangi pingat gangsa pada usia 19 tahun.



Berbekal pengalaman dan keyakinan diri baru ini, Suhaila sekali lagi dijangka menjadi antara pesaing utama.



Selepas dua kali kecewa, pingat emas kini dalam jangkauannya dan tahun ini mungkin peluang terbaik baginya memenangi gelaran juara dunia.



Namun Suhaila hanya tertawa apabila cadangan ini diusul kepadanya.



"Sasaran saya sentiasa mahu memenangi sebarang pertandingan yang saya sertai... matlamat saya tidak berubah kali ini," ujarnya.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pesekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yakin Suhaila telah mengatasi 'keraguan mental' yang sebelum ini membuatnya 'terkandas' di saat genting.



"Beliau ada bakat... dan ini ditunjukkan semasa latihan. Tapi sebelum ini, beliau bak ragu-ragu hendak menyerang lawan di gelanggang pertandingan.



"Keberanian menyerang ini tidak boleh diajar... ia perlu lahir daripada naluri pesilat itu sendiri," ujar Sheik Alau'ddin, yang juga bekas juara dunia.



Memandang ke hadapan, Suhaila, yang ingin membina kerjaya dalam bidang media di masa depan, bercadang menggunakan peluang ini untuk menguji sejauh mana langkahnya dalam gelanggang silat.



Sasaran utamanya tahun ini adalah kejohana dunia, tetapi beliau turut mendamba kejuaraan di Sukan SEA tahun depan dan Sukan Asia nanti.



Menurutnya, beliau bertekad tidak akan mensesiakan peluang ini.



"Tidak ramai atlit yang berpeluang berlatih sepenuh masa, tanpa gangguan luar.



"Saya tidak akan biarkan peluang ini sesia sahaja,' ujarnya.




"Sasaran saya setiap kali menjejakkan kaki ke gelanggang ialah menewaskan lawan. Ia tidak berubah di kejohanan dunia nanti."
- Nurul Suhailah Mohd Saiful, pesilat nasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >