HAB Sukan Singapura giat mengorak langkahnya sebagai 'taman permainan' sukan air dan hiburan yang ulung di sini.
Ini menyusuli pelancaran beberapa inisiatif di Pusat Sukan Airnya termasuk menyediakan 'pedal-craft' yang unik bagi keseronokan seisi keluarga, di samping memperkenalkan program orientasi kanu dan kayak bagi golongan yang ingin berjinak-jinak dengan sukan air itu.