Sukan Asia: Emas kedua Singapura dari bowling

PASUKAN bowling wanita lima sepasukan (5s) telah memenangi emas kedua negara di Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

Cherie Tan, Daphne Tan, Shayna Ng, New Hui Fen dan Jazreel Tan muncul juara acara itu selepas menjatuhkan 6,119 pin.

Pasukan tuan rumah menjatuhkan 6,048 pin untuk meraih perak sementara Indonesia memenangi gangsa (5,840).

Emas ini adalah yang petama untuk pasukan bowling di Sukan Asia. Perenang Joseph Schooling memenangi emas pertama dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Jazreel Tan turut memenangi gangsa dalam acara All Events wanita, selepas menjatuhkan 5,013 pin.

Setakat ini, pasukan bowling telah memenangi satu emas, dua perak dan dua gangsa, kesemuanya dari acara wanita.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.