Sukan Asia: Tiga perenang Singapura disiasat masalah disiplin

INCHEON: Tiga perenang - dipercayai Joseph Schooling, Roanne Ho dan Teo Zhen Ren - sedang disiasat kerana kesalahan meninggalkan Perkampungan Alit di Namdong-gu tanpa kebenaran Jumaat lalu dan meminum arak.

Dalam kenyataannya semalam ketua kontingen Team Singapore Jessie Phua berkata perkara itu akan disiasat lebih lanjut selepas Sukan Asia.

Pasukan renang Singapura menang lima pingat di Incheon - satu emas, dua perak dan dua gangsa. Tao Li dan Schooling, 19 tahun, memenangai kesemua pingat itu, dengan Schooling memenangi pingat emas dalam acara 100 meter gaya kupu-kupu - emas pertama negara dalam acara lelaki sejak 1982.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 47
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.