Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO

Temasya akan jalan terus

Pihak berkuasa Jepun, malah benarkan penonton domestik hadir dalam bilangan dikurangkan, meski masih bimbang kesan Covid-19
Jun 27, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Sukan Olimpik sentiasa mengenai angka. Lagipun, cogan kata 'Citius, Altius, Fortius' - lebih pantas, lebih tinggi, lebih kuat - tidak bermakna tanpa saat, meter dan paun. Berapa laju? Berapa tinggi? Berapa kuat?



Namun, selama lebih setahun, sejumlah angka yang berbeza telah mendominasi perbincangan mengenai Sukan Olimpik Tokyo: kenaikan jumlah kes koronavirus, faktor risiko yang meningkat dan jumlah vaksinasi yang tidak mencukupi.



Meskipun terdapat kebimbangan, temasya sukan itu hampir pasti akan diteruskan musim panas ini: Bukti terkini adalah pengumuman Isnin lalu bahawa penonton domestik akan dibenar menghadiri acara Sukan Olimpik pada kapasiti yang dikurangkan.



Angka ini mungkin membantu menjelaskan mengapa - sebulan sebelum majlis pembukaan - temasya sukan itu akan diteruskan.



AS$15.4 BILION ($20.7 BILION)



Sekiranya stadium nasional baru Tokyo kosong pada malam majlis pembukaan, pelaburan bernilai AS$15.4 bilion akan habis terbuang.



Angka itu, rekod bagi bajet Sukan Olimpik yang besar, telah menelan perbelanjaan AS$3 bilion pada tahun lalu sahaja. Kerosakan reputasi terhadap Jepun, bagaimanapun, di samping kerugian wang, akan tidak terhingga.



"Ia adalah latihan penjenamaan yang akan memaparkan gaya hidup kuasa terbesar di Bumi," kata penasihat pelaburan, Jesper Koll, yang tinggal di Jepun selama lebih tiga dekad.



"Pada akhirnya, ia bukan sama ada kos pembinaan akan ditebus atau tidak, tetapi ia mengenai sama ada jenama negara itu mendapat rangsangan."



Sebilangan besar pendapatan yang diharapkan oleh pemilik hotel atau restoran di Tokyo daripada penganjuran acara telah terbantut setelah penganjur melarang penonton antarabangsa Mac lalu.



Bahkan pengunjung Sukan Olimpik yang dibenarkan ke Jepun tidak akan dapat menikmati kebanyakan daya tarikan Tokyo kerana peraturan mengehadkan mereka hanya ke tempat-tempat acara sukan.



AS$4 BILION



Itulah jumlah potensi pendapatan hak televisyen di mana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), yang menganjur dan mengendalikan temasya sukan itu, akan harus bayar semula sekiranya Sukan Olimpik tidak diadakan.



Angka itu merangkumi 73 peratus hasil pendapatan IOC. Penajaan berkaitan temasya sukan itu berjumlah lebih ratusan juta dolar, dan pembatalan bermakna syarikat tersebut akan mahu juga diberikan rebat.



AS$1.25 BILION



Hak siaran Amerika Syarikat (AS) bagi Sukan Olimpik Musim Panas adalah antara hartanah sukan paling bernilai di dunia, dan hasil pendapatan pengiklanan yang kerap mereka jana juga menjadikan mereka paling menguntungkan.



Pada Mac 2020, NBC Universal, yang memegang hak siaran AS bagi temasya sukan itu, mengumumkan ia telah menjual pengiklanan nasional bernilai AS$1.25 bilion bagi Sukan Olimpik Tokyo. Ia melepasi jumlah yang dijual bagi Sukan Olimpik Rio 2016, yang menjana hasil pendapatan keseluruhan AS$1.62 bilion untuk syarikat itu dan keuntungan AS$250 juta.



Penangguhan setahun pun tidak boleh menjejas pendapatan NBC. Ketua eksekutif NBC Universal, Jeff Shell, berkata di satu persidangan pelaburan minggu lalu bahawa Sukan Olimpik Tokyo, bergantung pada rating, "boleh menjadi Sukan Olimpik paling menguntungkan dalam sejarah syarikat kami."



AS$549 JUTA



Perkataan "perpaduan" timbul 406 kali dalam laporan tahunan terkini IOC. Rujukan paling penting adalah kepada AS$549 juta yang ia agihkan dalam apa yang disebut sebagai perpaduan dan bayaran lain kepada jawatankuasa Olimpik nasional yang besar dan kecil. (Akaun IOC tidak memberikan perincian siapa dapat berapa).



Bagi kebanyakan jawatankuasa Olimpik, kemurahan hati IOC - yang membayar semuanya, daripada kos pentadbiran kepada subsidi latihan dan program pembangunan belia - adalah talian hayat kewangan penting.



Awal tahun ini, Persatuan Olimpik Britain menyuarakan prospek kemerosotan kewangan dalam laporan tahunannya sekiranya temasya sukan musim panas ini dibatalkan.



"Pembatalan temasya sukan melebihi Mei 2021," kata pengarahnya baru-baru ini, dan "akan membentuk ketidakpastian kewangan yang dapat menimbulkan keraguan besar tentang kemampuan syarikat untuk terus berjalan."



15,500



Penangguhan Sukan Olimpik memaksa ribuan atlet - sekitar 11,100 bagi Sukan Olimpik dan 4,400 bagi Sukan Paralimpik, mewakili lebih 200 negara - menyebabkan kehidupan mereka bagai tertunda selama setahun.



Mereka terpaksa menjalani latihan buat 12 bulan lagi, tangguh rancangan perkahwinan dan memasuki kolej, bahkan rancangan menimang cahaya mata. Justeru, tidak menghairankan bahawa, pada umumnya, pesaing di seluruh dunia tidak sabar melihat temasya sukan itu akhirnya berlangsung.



37 PERATUS



Itulah rating kepopularan semasa Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, yang mungkin nasib politiknya kini diancam sebab terlalu terikat kepada pembatalan temasya sukan itu.



"Secara politik, dia gagal sekiranya dia membatalkannya," kata pengarah pengajian Asia di Universiti Temple di Tokyo, Jeff Kingston.



Dengan menjelangnya pilihan raya pada September ini, kata Kingston, Suga kini mungkin melihat Sukan Olimpik sebagai talian hayat yang berpotensi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >