Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan Pantai Dunia 2023 di Bali dibatal selepas tuan rumah tarik diri

Jul 06, 2023 | 03:19 PM



JAKARTA: Sukan Pantai Dunia 2023 anjuran Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (ANOC) telah dibatalkan selepas Bali menarik diri sebagai tuan rumah sebulan sebelum temasya itu dijadualkan bermula, kata ANOC pada Selasa.


Menurut pos Instagram ANOC, Jawatankuasa Penganjur Setempat (LOC) Bali berkata ia memutuskan untuk menarik diri sebagai tuan rumah kerana tidak memperoleh bajet yang diperlukan daripada pemerintah Indonesia.

ANOC juga berkata mereka tidak boleh mencari hos pengganti yang sesuai kerana Bali menarik diri ekoran pemberitahuan yang begitu singkat.

“Tiada pilihan lain kecuali membatalkan edisi temasya tahun ini di Bali pada Ogos serta perhimpunan agung ANOC. Keputusan akan diambil dalam beberapa minggu akan datang mengenai lokasi dan tarikh baru untuk perhimpunan agung,” kata ANOC.

Sukan Pantai Dunia 2023 merupakan edisi kedua temasya itu.

Doha adalah tuan rumah bagi Sukan Pantai Dunia yang julung kali diadakan pada 2019.

Lebih 100 negara ahli Olimpik dijangka mengambil bahagian dalam edisi kedua temasya itu.

Ia merangkumi sukan yang dimain di pantai dan dalam air seperti bola tampar, meluncur air dan akuatlon.

Sekitar 1,500 atlet sepatutnya terlibat tahun ini untuk bersaing dalam 14 sukan merentasi 41 acara berpingat.

“ANOC amat kecewa dengan tindakan LOC, yang akan menafikan atlet dari 100 jawatankuasa Olimpik negara yang layak daripada memenuhi cita–cita mereka untuk bertanding di temasya ini.

“Walaupun terdapat cabaran dalam persiapan temasya itu, seperti mana–mana acara sukan, ANOC telah diberi jaminan oleh Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI) bahawa penyelesaian akan ditemui dan Sukan Pantai Dunia akan diteruskan seperti yang dirancang,” tambah ANOC. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >