Sukan Para Asean: Semua 10 pasukan sudah masuk Kampung Sukan

SEMUA 10 pasukan telah memasuki Kampung Sukan Para Asean (APG) di Marina Bay Sands dan bersemangat menantikan perasmian temasya sukan dari 3 hingg 9 Disember itu.

Mereka diberi sambutan hangat pada pagi Selasa di plaza acara Marina Bay Sands, dalam acara rasmi menyambut ketibaan pasukan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur APG Singapura (Sapgoc), Encik Lim Teck Yin, juga bertukar-tukar cenderahati dengan wakil daripada setiap 10 negara yang mengambil bahagian.

Kira-kira 3,000 atlet dan pegawai berada di Singapura - tuan rumah kali pertama APG - untuk mengambil bahagian dalam 15 sukan.

Thailand, dengan 271 atlet, adalah kontinjen terbesar dan menyasarkan menjadi pemenang pingat terbanyak sekali lagi.

Singapura menyertakan kontinjen terbesarnya sejauh ini, 157 peserta.

Temasya itu akan bermula secara rasmi pada Khamis apabila kawah dinyalakan semasa Majlis Perasmian di Stadium Tertutup Singapura.

Majlis perasmian itu satu-satunya acara yang mengenakan tiket, yang telah habis dijual.

Acara pertandingan lain diadakan dengan percuma.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 74
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.