Sukan Para Asean: Timor-Leste tidak sertai kerana digantung

Edisi kelapan Sukan Para Asean (APG) akan menampilkan hanya 10 negara dari rantau ini dan bukan 11, selepas Timor-Leste dikecualikan kerana Majlis Paralimpik Negara negara itu digantung daripada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (24 Nov).

Timor-Leste juga tidak bersaing pada edisi terakhir APG, yang diadakan tahun lepas di Myanmar.

Ini bermakna hanya Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan tuan rumah Singapura akan beraksi dalam temasya dari 3 hingga 9 Disember itu.

Acara ini diadakan di Singapura buat kali pertama dengan belanja $75 juta, dan akan menampilkan kira-kira 3,000 atlet dan pegawai.

Singapura diwakili oleh 157 atlet dalam semua 15 sukan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.